Tiga sekeluarga tinggal sehelai sepingang, kediaman musah terbakar

Kebakaran memusnahkan rumah didiami tiga sekeluraga di Jalan Sungai Petai, Skim B, Sarikei malam tadi (16 Feb, 2021).
Advertisement

SARIKEI, 17 Feb: Tiga sekeluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah yang didiami mereka di Jalan Sungai Petai, Skim B di sini musnah dalam satu kebakaran malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakkan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu sekitar jam 8.50 malam tadi sebelum mengarahkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei untuk ke lokasi kejadian.

Katanya, pemadaman menggunakan keadah pam angkut terpaksa dilakukakn memandang lokasi kejadian yang terletak jauh dari jalan utama.

Advertisement

“Pam angkut digunakan memandangkan lokasi kebakaran jauh dari jalan utama anggaran dalam jarak 400 kaki dan akses tidak dapat dimasuki jentera,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Katanya, kebakaran terbabit dapat dikawal sekitar jam 10.17 malam sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 11.25 malam.

Beliau berkata, kebakaran terbabit memusnahkan sepenuhnya rumah dua tingkat jenis separuh kekal terbabit.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan memandang kesemua penghuni rumah terbabit berjaya keluar ketika kebakaran itu berlaku.

“Punca kebakaran serta jumlah kerugian yang dialami oleh mangsa terbabit masih dalam siasatan,” katanya. — DayakDaily

Advertisement