Tiga individu hilang tempat berteduh, rumah musnah dalam kebakaran di Kg Hilir

Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya oleh anggota Bomba.

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


SRI AMAN, 21 Okt: Sebuah rumah di Kampung Hilir di sini yang didiami tiga individu musnah dalam kebakaran pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata kejadian dilaporkan berlaku pada jam 10.54 pagi dan sepasukan anggota dari Balai Bomba Sri Aman terus ke lokasi kejadian.

“Pasukan Bomba membuat ‘size-up’ dan seterusnya memadam kebakaran dengan sumber air dari jentera Bomba serta pili Bomba.


“Pada jam 11.21 pagi, api berjaya dikawal dan berjaya dipadam sepenuhnya pada jam 11.40 pagi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, tiga penghuni rumah dilaporkan selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.

“Setelah mendapati tiada lagi kemerebakan api dan semua mangsa dalam keadaan selamat, pihak Bomba kemudian berangkat balik ke balai,” katanya.

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. — DayakDaily