Tiga cedera dalam kemalangan di Bintulu

Keadaan di lokasi kejadian.
Advertisement

BINTULU, 23 Mac: Tiga individu dilaporkan cedera dalam kemalangan mambabitkan sebuah Nissan Navara dan Proton Wira di Jalan Airport Baru, di sini pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) berkata sepasukan anggota bomba dari BBP Bintulu dikerahkan ke lokasi kejadian.

Katanya, laporan diterima pada jam 8.12 pagi.

Advertisement

“Sampai di lokasi kejadian, pasukan Bomba mendapati berlakunya kemalangan yang melibatkan dua buah kenderaan berkenaan.

“Unit EMRS kemudiannya bertindak memberikan rawatan awal buat ketiga-tiga mangsa yang mana salah seorang daripada mangsa mengalami kecederaan terbuka pada bahagian kepala,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kesemua mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Bintulu untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Manakala pasukan Bomba kemudiannya bertindak menjalankan kerja-kerja pembersihan di lokasi kejadian,” katanya. — DayakDaily

Advertisement