KUCHING, 15 Mac: Penduduk di tiga buah rumah panjang di Julau yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menerima bantuan makanan pada Sabtu lepas.
Rumah panjang yang terlibat ialah Rumah Guyu, Rumah Nunying dan Rumah Amba di Nanga Bulo.
Bantuan disalurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Julau bertujuan meringankan beban mereka yang menjalani kuarantin.
Menurut Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), anggota daripada Jabatan Bomba Dan Penyelamat turut membantu mengagihkan bantuan tersebut. — DayakDaily
Advertisement