Terserempak dengan bunga bangkai di Gunung Serapi

Nurul bersama spesis bunga gergasi yang dikenali sebagai bunga bangkai yang ditemuinya berhampiran Gunung Serapi, Matang. Foto kredit: Nurul Nadhirah Razi
Advertisement

KUCHING, Jun 17: Spesis bunga gergasi yang juga dikenali sebagai bunga bangkai dan antara terbesar di dunia telah dijumpai di Gunung Serapi, Matang di sini.

Bunga gergasi tersebut ditemui Nurul Nadhirah Razi, 25, dari Batu Kawa yang ke Gunung Serapi bagi mandi di kawasan air terjun berhampiran Pusat Hidupan Liar Matang bersama keluarganya hari Sabtu.

“Bunga gergasi itu ditemui saya berhampiran kawasan air terjun terbabit dan hanya ada satu sahaja yang dijumpai sana,” katanya.

Advertisement

Nurul juga mendedahkan bunga gergasi itu setinggi dirinya tetapi tidak mengeluarkan bau busuk seperti spesis bunga rafflesia yang juga antara spesis bunga terbesar di dunia dan boleh ditemui di hutan Sarawak.

Beliau yang tidak mengetahui butiran mengenai bunga itu kemudian mengambil gambarnya serta menyiarkannya di laman Facebooknya semalam. — DayakDaily

Advertisement