Terkejut lihat mayat tergantung di balkoni

Royal Malaysia Police logo
Advertisement

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 14 Feb: Seorang kaki pancing yang dalam perjalanan balik dari aktiviti memancing terkejut apabila ternampak mayat seorang lelaki tergantung di bahagian balkoni sebuah rumah di Kampung Riam Jaya pada awal pagi Sabtu (13 Feb).

Penemuan itu dibuat sekitar jam 4 pagi.

Advertisement

Menurut Ketua Polis Daerah Miri, ACP Hakemal Hawari, siasatan di lokasi kejadian mendapati segulung hos paip getah air dipercayai telah digunakan diikat di alang bumbung balkoni rumah si mati.

Difahamkan, sejurus terlihat mayat tergantung di balkoni rumah berkenaan, saksi iaitu kaki pancing tersebut segerak memaklumkan bapa mangsa yang kemudian menelefon pihak polis.

Hakemal berkata, semasa pihak polis sampai di tempat kejadian, mayat si mati telah diturunkan oleh ahli keluarganya.

Siasatan juga mendapati yang si mati dipercayai telah menggantung diri menggunakan hos paip yang diikat di alang bumbung balkoni rumahnya.

Semasa kejadian, ibu si mati dan adik-beradiknya sedang tidur di dalam rumah.

Mereka tidak ada mendengar apa-apa bunyi bising seperti pergelutan sepanjang malam sehinggalah saksi ternampak si mati tergantung di balkoni rumahnya.

Sebelum kejadian, si mati telah keluar dari rumah semenjak waktu petang pada Feb 12 (Jumaat) dan sehingga ahli keluarga yang lain tidur pada tengah malam, si mati masih belum balik ke rumah.

“Pihak ambulans telah sampai tempat kejadian dan mengesahkan kematian. Pemeriksaan oleh pihak ambulans bersama pihak polis juga mendapati tidak ada tanda-tanda kecederaan atau kesan luka di tubuh badan simati. Siasatan di tempat kejadian juga mendapati tidak ada tanda-tanda yang mencurigakan dan tidak ada unsur-unsur jenayah berlaku di tempat kejadian,” ujar Hakemal.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. — DayakDaily

Advertisement