Oleh Peter Sibon
KUCHING, 7 Ogos: Alhi Parliamen Serian Datuk Seri Richard Riot Jaem hari mengucapkan terima kasih kepada Kementarian Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi (MEDAC) yang bercadang untuk menyediakan kemudahan bank bergerak atau agen bank di Pekan Tebedu dalam masa terdekat.
Pada masa yang sama, beliau berkata, MEDAC sedang mengkaji untuk membuka sebuah Bank Rakyat di Pekan Tebedu.
“Saya bersyukur dan berterimakasih kepada kerajaan. Petang tadi di Parlimen, YB Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar memberitahu Dewan bahawa kerajaan sedang mengkaji untuk membina sebuah Bank Rakyat di Tebedu.
“Sebagai permulaan, MEDAC bercadang untuk menyediakan kemudahan bank bergerak atau agen bank dalam tempoh setahun dua ini.
“Satu kajian terperinci akan dibuat untuk melihat keperluan mewujudkan cawangan Bank Rakyat di Daerah Tebedu,” jelas Riot kepada DayakDaily hari ini.
Sementara itu, Wan Junaidi berkata, kajian tersebut perlu kerana Tebedu dijangka bakal berubah menjadi lokasi tumpuan apabila ibu negara Indonesia berpindah ke Kalimantan Tengah nanti.
“Tebedu memang tempat yang dijangka akan menjadi pusat yang ‘vibrant’ keadaan kehidupannya pada masa hadapan apabila ibu negara Indonesia berpindah ke Kalimantan Tengah nanti. Bayangkanlah orang Indonesia akan berduyun datang ke Sarawak.
“Walaupun cawangan Bank Rakyat sudah ada di Serian pada masa ini namun kementerian kita minta supaya mereka kaji keperluan perbankan di Tebedu selepas ini nanti,” kata Wan Junaidi semasa menjawab pertanyaan Riot pada Persidangan Dewan Rakyat semalam.
Menurut Ahli Parlimen Santubong itu, sebagai permulaan MEDAC bercadang menyediakan kemudahan bank bergerak atau agen bank di Tebedu sebelum mewujudkan cawangan bank di daerah itu dalam tempoh setahun atau dua tahun lagi.-DayakDaily