Tentera membantu mengedar bekalan air bersih di kawasan krisis air daerah Asajaya.

Anggota tentera membantu mengedar bekalan air bersih kepada beberapa kampung di Asajaya.

KUCHING, Jun 7: Batalion Kesepuluh Rejimen Renjer Diraja (10RRD) telah ditugaskan oleh Briged Ketiga Infantri Malaysia untuk membantu mengedar bekalan air bersih di kawasan krisis air daerah Asajaya, sejak Mei 28 lalu sehingga sekarang.

Pejabat Residen memberi tanggungjawab kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk menempatkan tangki air sebanyak 500 gelen di empat buah kampung iaitu Kg Senangeh, Kg Sungai Buloh, Kg Rangawan dan Kg Sungai Putin.

Ulang bekal dibuat mengikut jadual mengggunakan Water Bowser 10,000 liter dari 71 Bn KPD dan juga dibantu oleh pasukan 3 Komp. Angkut KPD.


Demi berbakti kepada penduduk kampung di Asajaya, seramai sembilan anggota 10RRD yang diketuai oleh Mej Mohd Faiez Abdul Rahim turut bekerjasama dengan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) untuk mendapatkan bekalan air bersih di Loji Air Asajaya dan Tambirat.

Bantuan yang diberikan kepada penduduk kampung di Asajaya tersebut, sedikit sebanyak membantu mereka dalam menyambut Hari Gawai dengan lebih bermakna. — DayakDaily