Teknologi ‘coal fire’ ganti arang batu sebagai sumber tenaga

Fadillah (kiri) menyaksikan perlumbaan perahu di Regatta Sejijak.
Advertisement

Oleh Chris Bishop

KUCHING, 9 Jun: Kerajaan memperkenalkan teknologi ‘coal fire’ sebagai alternatif kepada penggunaan arang batu sebagai sumber tenaga.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Sri Fadillah Yusof berkata, ia adalah kaedah sesuai kerana arang batu mengeluarkan karbon yang tinggi.

Advertisement

“Sebab itu menjelang tahun 2030 kita akan secara perlahan-lahan mengurangkan penggunaan arang batu.

“Tetapi kita perkenalkam ‘coal fire’ iaitu arang batu dicampur dengan bio jisim atau sumber lain yang lebih mesra alam,” katanya.

Fadillah berkata demikian di Majlis Penangguhan Regatta Sejijak 2024 di sini, hari ini.

Tambah beliau, terlebih dahulu karbon yang dikeluarkan hendaklah disimpan supaya ia boleh diterima sebagai tenaga bersih.

“Pada masa yang sama kita memang sudah mengambil tindakan untuk menyegerakannya,” kata Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air. — DayakDaily

Advertisement