Tebing sungai runtuh, lima sekeluarga di Kampung Benawa Marudi, cemas

Anggota APM Marudi ke lokasi melakukan tinjauan selepas dimaklumkan kejadian.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 7 Okt: Sebuah keluarga di Kampung Benawa di sini berhadapan detik cemas apabila tebing sungai berhampiran kediaman mereka tiba-tiba runtuh pada pagi Jumaat.

Setakat ini mangsa, seramai lima orang belum lagi mahu berpindah dari kediaman mereka.


Menurut Pegawai Pertahanan Awam Miri, leftenan (PA) Mirwan Shah Masri, keadaan setakat ini masih dalam terkawal dan selamat.

“Pihak kita dimaklumkan mengenai kejadian sekitar jam 9.30 pagi tadi,” ujarnya.

Tambahnya, tinjauan ke kawasan tanah susur bersama pihak Jabatan Kebajikan Marudi, mendapati kawasan tebingan sungai telah mula runtuh pada Oktober 3 sekitar jam 7 pagi susulan hujan lebat. — DayakDaily