KUCHING, April 27:Permohonan baharu dan rayuan untuk Bantuan Prihatin Nasional (BPN) hendaklah dibuat selewat-lewatnya pada 30 April 2020.
Menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) menerusi satu kenyataan media hari ini, setiap permohonan baharu dan rayuan yang diterima akan mula diproses pada bulan Mei 2020.
“Bagi prmohonan yang lulus, bayaran sekaligus juga akan dilakukan pada bulan Mei 2020,” menurut kenyataan itu.
Menurut LHDNM, pemohon boleh merujuk soalan lazim BPN yang dimuatnaik pada portal rasmi BPN untuk mendapatkan maklumat lanjut atau klik pada capaian https://bpn.hasil.gov.my/Download/Faq/BPN2020_(FAQ)_BantuanPrihatinNasional(Kemaskini%2017042020).pdf.
Selain itu, sebarang pertanyaan yang berkaitan perkara ini juga boleh dimajukan kepada LHDNM melalui Hasil Care Line (HCL) di 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (luar negara) dan Hasil Live Chat.
BPN merupakan bantuan tunai secara ‘one-off’ yang disediakan oleh kerajaan dalam Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat.
Ia khusus untuk meringankan beban kewangan golongan B40 dan M40 yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak Covid-19.
Pemberian BPN bagi golongan B40 adalah berdasarkan pengkalan data Bantuan Sara Hidup (BSH) manakala bagi golongan M40 pula adalah berdasarkan data percukaian LHDNM. — DayakDaily