Tahanan dijumpai mati di Depot Tahanan Imigresen Semuja

DSP Aswandy Anis

SERIAN, 26 Mei: Seorang tahanan warga asing di Depot Tahanan Imigresen Semuja, di sinj dijumpai tidak sedarkan diri disahkan meninggal dunia awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Serian DSP Aswandy Anis berkata, polis menerima maklumat berkenaan kejadian itu sekitar jam 3.55 pagi tadi.

Katanya, mangsa dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri.


“Siasatan awal di lokasi kejadian mendapati mangsa telah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Siasatan lanjut berhubung punca kematian mangsa masih giat dijalankan dan mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Serian untuk proses bedah siasat.

Kes setakat ini diklasifikasi sebagai kes kematian mengejut. — DayakDaily