Suspek ragut di Taman Tunku ditahan orang awam ketika cuba melarikan diri

PDRM logo

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 12 Sept: Cubaan seorang pemuda warga tempatan melarikan diri selepas meragut seorang wanita di sebuah kedai makan di Taman Tunku gagal apabila ditahan orang awam dalama kejadian pagi Isnin.
Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu, suspek berusia dalam lingkungan 20-an itu ditahan orang awam yang berada di lokasi kejadian.
“Pihak polis menerima lapiran kejadian berlaku pada jam 11 pagi tadi  dan suspek telahpun diserahkan kepada polis untum tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.
Dalam kejadian tersebut, suspek telah cuba melarikan diri tetapi berjaya dikejar oleh orang awam yang berada di tempat kejadian.
Difahamkan, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan pihak polis juga telah berjaya menjumpai semula barangan mangsa yang diragut oleh suspek.
“Kejayaan tangkapan ini adalah atas kerjasama orang awam yang sentiasa prihatin ke atas kejadian jenayah semasa,” kata Alexson.
Pihak Polis ingin menasihati masyarakat Miri agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian ini sehingga boleh menggangu siasatan polis. — DayakDaily