Sultan Sharafuddin lawat Rumah Bishop

Sultan Sharafuddin (dua kiri) berbual dengan Danald (kiri) semasa lawatan ke Rumah Bishop. Turut kelihatan Tengku Amir Shah (kanan) dan Bolly (dua kanan). Foto kredit: Selangor Royal Office Facebook

KUCHING, 6 Nov: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan melawat Rumah Bishop di Jalan McDougall.

Baginda ditemani Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Pada lawatan itu, Baginda berdua bertemu Bishop Gereja Anglikan di Sarawak dan Brunei Rt. Revd Datuk Danald Jute.


Manakala Danald menerusi hantaran di Facebook, menghargai kehadiran Sultan Sharafuddin yang mengadakan lawatan kerja di Sarawak.

“Sultan Sharafuddin bersama-sama Tengku Amir Shah turut berkenan merasai ‘penganan’ yang dibuat oleh kakak saya,” katanya.

Turut hadir semasa lawatan itu ialah Bishop Datuk Bolly Lapok. ā€” DayakDaily