STAR mengumumkan manifesto PRU14 yang ‘mewakili suara Sarawak’

Soo (kiri) dan Buln menunjukkan manifesto STAR bagi PRU14 ini.

KUCHING, Mei 2: Parti Reformasi Negeri Sarawak (STAR) mengumumkan manifesto bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini, yang menyenaraikan sembilan perkara utama.

Manifesto itu diumumkan oleh presidennya, Lina Soo yang menjelaskan antara yang janji mereka adalah untuk menukar balik status politik negeri kepada satu daripada tiga pihak yang sama rata.

Selain itu, katanya adalah untuk Petronas menamatkan operasi di Sarawak dengan segera, mengembalikan cukai yang diperolehi dari Sarawak dengan nisbah 70:30, di mana 70 peratus dikembalikan kepada negeri ini dan 30 peratus kepada kerajaan persekutuan untuk tujuan pertahanan dan hal ehwal luar sahaja.


STAR juga menjanjikan suruhanjaya tanah dan reformasi tanah, buruh asing dan menamatkan rampasan tanah, menubuhkan konsulat Sarawak dan kebebasan agama.

ā€œKami adalah parti Sarawak dan rakyat Sarawak. Maka, manifesto kami adalah berbeza dengan BN (Barisan Nasional) dan Pakatan Harapan kerana kami benar-benar mewakili suara Sarawak,ā€ katanya pada sidang media di sini.

Sementara itu, Soo turut menafikan bahawa calon mereka di Parlimen Puncak Borneo, Buln Ribos telah menarik diri daripada bertanding.

Katanya, perkara yang disebarkan melalui media sosial itu adalah tidak benar dan ia adalah tindakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mendiskriminasikan parti mereka.

ā€œIni adalah berita palsu…dia (Buln) akan kekal mewakili STAR bertanding untuk memenangi Puncak Borneo,ā€ katanya. ā€” DayakDaily