SMK Jalan Arang juara SSC ABAS Interschool Tenpin Bowling

Ahmad (tiga kiri) menyampaikan trofi kejuaraan kepada pengurus Pasukan SMK Jalan Arang.

KUCHING, 7 Jan: SMK Jalan Arang muncul juara SSC ABAS Senator Interschool Tenpin Bowling bagi kategori sekolah menengah yang diadakan di Megalanes, Emart Batu Kawa di sini.

Tempat kedua dimenangi SMK ST Thomas manakala tempat ketiga milik SMK Matang Jaya.

Kejohanan yang bermula sejak Jumaat lepas itu melibatkan penyertaan 28 sekolah menengah.


Trofi juara dan pingat telah diserahkan Ahli Dewan Negara Senator Dato’ Ahmad Ibrahim.

Manakala bagi kategori sekolah rendah, SK Matang Jaya muncul juara dengan tempat kedua dimenangi SK Garland dan tempat ketiga milik SK RPR Jalan Astana.

Sebanyak 30 sekolah menghantar peserta bagi kategori sekolah rendah.

Pertandingan kali ini melibatkan penyertaan keseluruhan 250 pemain dengan 30 kategori dipertandingkan. — DayakDaily