SMA-AZAM anjur “Randau Digital Sarawak” musim ke-2 melalui CATS FM

“Randau Digital Sarawak” edisi Bahasa Iban (dari kiri) wakil SMA Tida Bat, Contessa Muat, pegawai AZAM Yaana Singkie dan penyampai CATS FM DJ Ijau.
Advertisement

KUCHING, April 11: Sarawak Multimedia Authority (SMA) dengan kerjasama Angkatan Zaman Mansang (AZAM) Sarawak kembali lagi dengan program radio “Randau Digital Sarawak” edisi yang kedua yang menampilkan topik-topik yang mengupas isu dan berita terkini mengenai agenda pembangunan digital di Sarawak.

Disampaikan dalam bahasa Iban dan Melayu menerusi saluran CATS FM dalam rancangan Rentak Ruai dan Cats Drivetime, episod pertama bagi musim ini yang telah ke udara pada April 9 dan 10 masing-masing membincangkan berkenaan dengan fungsi dan peranan Hab Inovasi Digital (DIH) di bawah SMA dengan kerjasama rakan strategik mereka seperti Tabung Ekonomi Gagasan Anak Bumiputera Sarawak (TEGAS), Centre of Technical Excellence Sarawak (Centexs), iCube Innovation dan lain-lain dalam membantu mempercepatkan hala-tuju ‘startup’ tempatan untuk memulakan perniagaan mereka, sekaligus meningkatkan pembangunan ekonomi negeri.

Sesi temubual yang telah dikendalikan oleh penyampai dari CATS FM dan dibantu oleh pihak AZAM iaitu Pegawai Pembangunan Komuniti (Iban) Yaana Singkie, dan Mohd Hassnal Hakim Junaidi (Melayu) ini telah mengetengahkan tetamu dari SMA iaitu Tida Bat, Penolong Pegawai Tadbir Unit Perundangan, Contessa Muat, Akauntan Unit Kewangan bagi bahasa Iban manakala Amirrul Rizwan, Pegawai Kanan Operasi Digital Village dan Khairool Adzelan, Pegawai Kanan Pembangunan Modal Insan.

Advertisement
“Randau Digital Sarawak” edisi Bahasa Melayu (dari kiri) wakil SMA Hazwan Razak, Khairool Adzelan, Amirrul Rizwan, pegawai AZAM Hakim Junaidi dan penyampai CATS FM DJ Rezz.

Selain itu, musim baru ini akan menampilkan topik-topik yang lebih mendalam berkenaan dengan implementasi dan usaha yang sedang dijalankan melalui agenda pembangunan Ekonomi Digital Sarawak seperti pembangunan modal insan, pendidikan, pertanian, pelancongan dan banyak lagi.

Pendengar tahun ini boleh berinteraksi secara terus dengan tetamu di konti dengan menghantar WhatsApp ke nombor AZAM 014-3184096. AZAM juga mengalukan sebarang soalan, cadangan, dan penambahbaikan bagi program radio “Randau Digital Sarawak”, dan sebarang soalan berkaitan dengan program dan bengkel yang dikendalikan oleh AZAM.

“Randau Digital Sarawak” ini akan menemui pendengar CATS FM bermula bulan April sehingga September 2019 dan ke udara satu bulan sekali melalui Rentak Ruai (Selasa, 3pm-4pm) dan CATS Drivetime (Rabu, 5pm-6pm) manakala Infokapsul anjuran Sarawak Multimedia Authority (SMA) dengan kerjasama Angkatan Zaman Mansang ( AZAM) Sarawak boleh didengarkan setiap hari di CATS FM. — DayakDaily

Advertisement