SK Rh Ranggong dilanda banjir, 5 kakitangannya terperangkap

Pasukan Bomba menyelamat mangsa yang terperangkap.

BATU NIAH, 13 Feb: Lima kakitangan Sekolah Kebangsaan (SK) Rh Ranggong termasuk tiga guru diselamatkan dalam kejadian banjir yang hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 12.26 tengah hari.

Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Niah terus ke lokasi kejadian untuk tugas-tugas menyelamat.


Pasukan Bomba menyelamat mangsa yang terperangkap.

“Setibanya di lokasi kejadian, pasukan operasi terus menurunkan bot dan bergerak ke sekolah SK Rh Ranggong untuk memindahkan guru dan pengawal keselamatan yang terperangkap di rumah guru dan pondok pengawal sekolah berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Selepas kesemua mangsa berjaya diselamatkan, pasukan Bomba kemudian berangkat balik ke balai Bomba.

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 2.50 petang. — DayakDaily