SK Bukit Kinyau terima bantuan air

Pihak dari Pejabat Kebajikan Masyarakat Sarikei menghantar 134 kotak air minuman ke SK Kinyau.

SARIKEI, Mac 28: Kemarau yang melanda di sekitar kawasan Sarikei pada bulan ini telah menyebabkan krisis air bagi pihak SK Bukit Kinyau yang merupakan sekolah berasrama.

Ini telah menyebabkan mereka terpaksa mencatu penggunaan air takungan bersih bagi meneruskan aktiviti persekolahan seperti hari biasa.

Menurut Guru Besar SK Bukit Kinyau Shardi Wahid, surat permohonan bantuan bekalan air daripada Pejabat Kebajikan Masyarakat Sarikei telah dihantar pada minggu lalu bagi mengurangkan beban mereka akibat krisis air ini.

Penghantaran bantuan air sebanyak 134 kotak (12 botol x 1.5 liter sekotak) daripada Pejabat Kebajikan Masyarakat Sarikei telah disalurkan kepada pihak SK Bukit Kinyau yang terdiri daripada 26 orang pelajar asrama dan 41 orang guru dan kakitangan sekolah.

Perjalanan mengambil masa hampir setengah jam dari Sarikei ke Bukit Kinyau menggunakan bot dan disambut oleh Penolong Kanan SK Bukit Kinyau Japar Yusup.

Menurut Japar, hampir sebulan hujan tidak turun dan mereka terpaksa memohon bantuan daripada pihak Pejabat Kebajikan Masyarakat Sarikei.

Tambahan pula beliau menyatakan sekolah dan penduduk sekitar Bukit Kinyau ini hanya bergantung sepenuhnya daripada hujan sebagai sumber air utama. ā€” DayakDaily