‘Sitok Kuching’ di Tebingan Kuching dari 6-8 Disember

Karim (berdiri tiga kanan) bersama penganjur menunjukkan tanda bagus untuk acara ‘Sitok Kuching’.

Oleh Chris Bishop

KUCHING, 16 Okt: Acara Sitok Kuching yang bakal diadakan di Tebingan Kuching dari 6 sehingga 8 Disember menjadi satu lagi tarikan pelancong ke negeri ini.

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata ia merupakan satu inisiatif baharu dalam usaha menjadikan Sarawak destinasi pelancongan.


“Sitok Kuching adalah acara unik yang mempamerkan kreativiti, kepelbagaian budaya dan perayaan ala kehidupan moden di bandaraya Kuching.

“Ia adalah dialek masyarakat tempatan yang bermaksud di sini dan sekarang,” kata Abdul Karim pada sidang media di Bangunan Mahkamah Lama di sini, hari ini.

Menurut beliau, acara bakal mengetengahkan bakat-bakat kreatif dari Sarawak dan juga Kuala Lumpur.

Katanya, 50 peserta dari Sarawak dan 10 dari Semenanjung Malaysia akan menjayakan Sitok Kuching sepanjang tiga hari penganjuran.

Di samping itu, kementerian juga akan melancarkan “Colours of Sarawak”, iaitu satu projek seni lukisan mural yang meliputi seluruh Sarawak.

“Projek seni mural akan mewujudkan rasa saling memiliki di antara semua penduduk dan menjadikan kawasan kejiranan dan bandar tumpuan pelawat,” katanya. — DayakDaily