Sistem Transit Aliran Ringan perlu mesra OKU

Ishak Ngau
Advertisement

KUCHING, 2 April: Sistem Transit Aliran Autonomi (ART) perlu mengambil kira keperluan Orang Kurang Upaya (OKU).

Menurut Pengerusi Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia Cawangan Sarawak Ishak Ngau, kajian mendalam harus dijalankan sebelum projek dilaksanakan.

“Pihak Kerajaan Negeri Sarawak dan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) haruslah melibatkan keperluan OKU dalam perlaksanaan.

Advertisement

“Kajian mengenai ART ini perlu dilakukan dengan mendalam bagi mengenal pasti keperluan OKU sebelum dilaksanakan,” kata Ishak dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, sekiranya ART sudah dilaksanakan sepenuhnya maka sukar untuk diubah.

Ia melibatkan kebolehcapaian, ‘railway’, serta kemudahan-kemudahan lain OKU.

“OKU juga memiliki kategori yang berlainan seperti OKU fizikal, penglihatan, kerusi roda dan juga masalah pembelajaran juga memiliki keperluan yang berlainan terhadap ART ini,” katanya Ishak.

ART pertama yang bakal tiba di Sarawak pertengahan tahun ini akan menjalani Latihan Pengesahan Konsep (POC) di Lebuh Raya Kota Samarahan. — DayakDaily

Advertisement