Shell kembali ke Miri kerana Sarawak kuat dan stabil — Abang Johari

Abang Johari berucap di Perasmian Sekolah Menengah Antarabangsa Riam Hill di Miri.

Oleh Chris Bishop

SERIAN, 8 Nov: Syarikat minyak terkenal Shell akan kembali dan membawa limpahan ekonomi ke Miri, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurut beliau, Pejabat Shell di Kuala Lumpur akan di tutup dan berpindah ke Bandar Miri.


“Bayangkan kesan gandaan ekonomi yang Shell akan bawa ke Miri.

“Syarikat minyak terkenal ini akan membawa lebih 2,000 pekerjanya ke Miri,” kata Abang Johari.

Beliau berkata demikian di Perasmian Sekolah Menengah Antarabangsa Riam Hill di Miri hari ini.

Selain Shell tambah Abang Johari, syarikat Nippon Oil juga akan turut membuka pejabatnya di Miri dalam masa terdekat.

“Ini adalah kerana kedua-dua syarikat ini melihat Sarawak ada potensi dalam mengembangkan busines mereka.

“Mereka nampak Sarawak adalah sebuah kerajaan yang kuat, stabil dan kita ada hala tuju yang jelas,” katanya. — DayakDaily