kUCHING, 26 Feb: Sesi persekolahan yang sepatutnya bermula 1 Mac ini di beberapa daerah diisytiharkan sebagai Zon Merah akan ditangguhkan selama dua minggu.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam satu kenyatan berkata penangguhan sesi tersebut melibatkan pembukaan sekolah di Daerah Kuching, Samarahan, Julau, Meradong, Sibu, Kapit, Bintulu, Subis dan Miri.
“Setelah mendapat nasihat daripada Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) dan perbincangan dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), kita mengambil keputusan untuk menangguhkan kesemua sesi persekolahan di daerah-daerah ini bermula 1 Mac hingga 14 Mac 2021.
Keputusan tersebut dibuat setelah mengambil kira kapasiti sistem kesihatan di kawasan Zon berkenaan, ” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, Keputusan tersebut dibuat setelah mengambil kira kapasiti sistem kesihatan di kawasan yang terlibat.
Jelas kenyataan itu, JPBNS dalam pada itu telah mewujudkan satu jawatankuasa dibawah Kementerian Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak (MESTR) bersama Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.
Ia bagi memastikan sesi persekolahan di seluruh negeri Sarawak dapat berjalan dengan lancar dan selamat.-Dayakdaily