Separuh jalan di lampu isyarat Taman Tunku ditutup sementara pada 9 Mei

Lokasi (warna merah) penutupan separuh jalanraya.

Oleh DayakDaily Team

KUCHING, 7 Mei: Lorong kanan jalan di simpang empat lampu isyarat Taman Tunku di Miri ditutup pada 9 Mei ini mulai jam 9 pagi hingga 6 petang.

Jabatan Kerja Raya (JKR) menerusi satu notis pemberitahuan berkata, ia bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyambungan paip air utama bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo.


Lokasi penutupan adalah berhadapan Kingkong Furniture/Everwin.

Justeru JKR menasihati pengguna jalanraya untuk berhati-hati ketika melalui kawasan lencongan yang disediakan dan mematuhi papan tanda keselamatan. — DayakDaily