Seorang tersepit dalam kemalangan di Jalan Landeh

Operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit.
Advertisement

KUCHING, 16 Ogos: Seorang lelaki dilaporkan tersepit selepas kereta dipandunya bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Landeh, Kampung Landeh, di sini hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata kemalangan dilaporkan berlaku pada jam 8.53 pagi.

Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Siburan dikerahkan ke lokasi kejadian.

Advertisement

“Setibanya di lokasi kemalangan, didapati kemalangan melibatkan dua buah kenderaan iaitu Toyota Corolla dan Perodua Axia.

“Terdapat seorang mangsa tersepit di dalam Toyota Corolla, manakala dua lagi mangsa lagi dalam Perodua Axia telah berjaya keluar dari kenderaan serta tidak tersepit,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jelasnya, anggota Bomba yang hadir berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit di bahagian kaki.

“Seterusnya mangsa diserahkan kepada pihak ambulans KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) untuk rawatan selanjutnya,” katanya.

Ketiga-tiga mangsa dalam kemalangan tersebut mengalami kecederaan dan telah dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan.

Operasi tamat pada jam 10.22 pagi.

“Setelah melakukan perbersihana jalan dan mendapati keadaan selamat, anggota seterusnya berangkat balik ke balai,” katanya. — DayakDaily

Advertisement