Seorang pejalan kaki maut di Jalan Lutong-Miri

Seorang pejalan kaki maut serta merta di tempat kejadian.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 25 Nov: Seorang lelaki yang secara tiba-tiba berada di tengah jalan lorong sebelah kanan jalan raya maut apabila dirempuh sebuah kereta malam tadi di KM11 Jalan Lutong-Miri.

Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Maga Chabu, kemalangan berlaku pada jam lebih kurang 9.30 malam.


“Kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu kenderan, seorang lelaki berusia 50 tahun yang dalam perjalanan ke pusat Bandar dari Lutong tidak menyedari seorang mangsa yang tiba-tiba berada di tengah jalan lorong sebelah kanan jalan raya, pemandu kenderaan tersebut tidak sempat untuk mengelak lalu melanggar mangsa,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Akibat daripada kemalangan tersebut, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di bahagian kepala dan disahkan disahkan oleh Pegawai Perubatan dari Hospital Miri.

Satu kertas siasatan dibuaka di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Susulan kejadian , pihak polis memohon supaya waris mangsa tampil atau menghubungi Pegawai Penyiasat kes iaitu Insp Mohd Syamsul Samsuddin Balai di talian 085-430479.

Selain daripada itu pihak polis juga menyeru kepada mereka yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian diminta tampil ke Balai Polis Trafik bagi membantu siasatan. — DayakDaily