Seorang meninggal dunia dalam kebakaran rumah panjang di Julau

Kebakaran rumah panjang tersebut.
Advertisement

JULAU, 28 Sept: Seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) dilaporkan meninggal dunia dalam kejadian kebakaran sebuah rumah panjang di Sungai Sejugam, Lasi Julau hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata kebakaran melibatkan rumah panjang 40 pintu itu dilaporkan berlaku sekitar jam 4.26 petang.

Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor dikerahkan ke lokasi kejadian.

Advertisement

“Maklumat dari lokasi setakat ini mengatakan seorang lelaki OKU meninggal dunia dan seorang wanita melecur,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Operasi memadam kebakaran oleh pihak Bomba masih dijalankan setakat jam berita ini ditulis.

Berita selanjutnya akan menyusul. — DayakDaily

Advertisement