KOTA SAMARAHAN, 21 Nov: Seorang maut, manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan tiga buah motosikal di KM11 Jalan Kota Samarahan-Asajaya, hari ini.
Kemalangan tersebut dilaporkan berlaku kira-kira jam 7 pagi dan seorang lelaki berusia 27 tahun yang berasal dari Kampung Hijrah, Simunjan disahkan meninggal dunia.
Sumber memberitahu, kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa yang bergerak dari arah Kota Samarahan dikatakan telah memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan sebuah motosikal.
Sebuah lagi motosikal juga dikatakan terbabas apabila cuba mengelak kemalangan tersebut.
Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Kota Samarahan DSP Sudirman Kram yang dipetik berkata siasatan lanjut berhubung kemalangan tersebut masih dijalankan.
Katanya, siasatan kes dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. ā DayakDaily