Seorang lelaki maut, kereta dirempuh lori di Jalan Serian-Sri Aman

Gambar komposit menunjukkan keadaan di lokasi kejadian.

SIMUNJAN, 31 Okt: Seorang lelaki maut dalam kemalangan di Jalan Kuching-Serian-Sri Aman, berdekatan Kampung Sungai Pinang di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Supt Alexson Naga Chabu berkata, mangsa berusia 29 tahun dan dikatakan cedera di bahagian kepala serta badan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, kemalangan berlaku kira-kira jam 5.15 petang.


Jelasnya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah lori yang bergerak dari arah Miri ke Kuching dikatakan telah bertembung dengan kereta mangsa yang menghala ke arah Sri Aman.

“Siasatan awal mendapati lori tersebut hilang kawalan semasa cuba memotong kenderaan lain lalu berlanggar dengan kereta yang dipandu mangsa.

“Lori tersebut juga melanggar sebuah lagi kenderaan yang berada di belakang kereta mangsa.

“Mangsa yang tersepit di bahagian tempat duduk pemandu mengalami kecederaan parah di kepala dan telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Siasatan lanjut kes masih dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. ā€” DayakDaily