Seorang lelaki maut, dua parah dalam kemalangan

Kelihatan keadaan kemalangan melibatkan dua buah kereta.
Advertisement

Oleh Dean Adam

SRI AMAN, Dis 26: Seorang lelaki maut, manakala dua lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua kereta di KM2, Jalan Sri Aman-Kuching di sini malam tadi.

Kejadian kira-kira pukul berapa 11.35 pagi itu mengakibatkan mangsa, Wong Chui Ying, 49, disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan kecemasan di Hospital Sri Aman.

Advertisement

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Supt Alexson Naga Chabu berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu melibatkan dua buah kereta Perodua Kenari.

Jelasnya, kemalangan itu turut mengakibatkan dua individu cedera parah dan tiga lagi mengalami kecederaan ringan.

“Semua mangsa yang cedera telah dibawa ke Hospital Sri Aman untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Mayat mangsa akan dibedah siasat sebelum diserahkan ahli keluarganya untuk tindakan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Alexson menambah, siasatan lanjut mendapati, sebelum kemalangan itu, kereta yang dipandu oleh mangsa dikatakan dalam perjalanan ke bandar Sri Aman dari arah Temudok.

Bagaimanapun katanya, sebuah lagi kereta yang dari arah bertentangan tiba-tiba hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan kenderaan dipandunya mangsa.

“Impak kemalangan itu mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan parah.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. — DayakDaily

Advertisement