Seorang lelaki dilaporkan hilang di Mukah

Operasi SAR mangsa sedang dijalankan.

MUKAH, 8 Okt: Seorang lelaki dilaporkan hilang ketika menjala ikan di sungai Kampung Jebungan, di sini hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 10.19 pagi hari ini.

Katanya, mangsa berusia 42 tahun dan keluar ke sungai pada jam 9 lagi 8 Okt lalu.

“Maklumat awal hanya perahu mangsa dijumpai di tepi sungai tersebut,” katanya.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa oleh anggota Balai Bomba Mukah turut disertai penduduk kampung. — DayakDaily