Seorang lelaki dan wanita melecur dalam kebakaran babitkan dua rumah

Kelihatan api sedang marak membakar rumah.

Oleh Dean Adam

BAU, Feb 15: Seorang lelaki dan seorang wanita melecur selepas kediaman mereka di Kampung Serasot di sini terbakar awal pagi tadi.

Kejadian kira-kira pukul 1.55 pagi itu turut mengakibatkan dua buah rumah musnah terbakar sekitar 80 peratus.


Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau, Ebby Hirwandy Sarbini, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada pukul 1.58 pagi.

Sejurus itu sepasukan anggota bomba bergegas ke tempat kejadian untuk melakukan operasi memadam kebakaran.

Pasukan bomba berusaha memadamkan kebakaran.
Pasukan bomba membantu mangsa yang cedera.

“Sebaik tiba, anggota bomba mendapati api sedang marak membakar dua rumah di kampung berkenaan.

“Pasukan bomba kemudian bertindak melakukan operasi memadam untuk mengawal kebakaran,” katanya di sini hari ini.

Ebby menambah, pemeriksaan lanjut mendapati masing-masing seorang lelaki dan wanita berusia 34 dan 25 tahun melecur di kaki mereka.

Katanya, pasukan bomba kemudian memberikan rawatan awal kepada mangsa sebelum membawa mereka ke Hospital Bau untuk tindakan selanjutnya.

“Kebakaran itu terkawal sepenuhnya pada pukul 4.15 pagi. Punca kejadian dan jumlah kerugian akibat kebakaran itu masih lagi dalam proses siasatan,” katanya.Ā ā€” DayakDaily