Semoga KJDA berjaya kibar bendera di puncak Gunung Kinabalu

Snowdan(lima dari kanan) merakamkan kenangan bersama sebahagian peserta Ekspedisi Gunung Kinabalu Media Kuching 2019. Turut Kelihatan Jacqueline(tiga dari kanan).

KUCHING JULAI 8: Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA) akan mengadakan ekspedisi mendaki Gunung Kinabalu pada 10 Julai ini.

Ekspedisi tersebut disertai 15 wartawan dari pelbagai agensi media dan sebahagian daripada persatuan.

Pada kunjungan hormat ke pejabat Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Snowdan Lawan di Bangunan Baitulmakmur hari ini, peserta ekspedisi yang diketuai Presidan KDJA Jacqueline David menerima bendera Sarawak dari Snowdan.


Snowdan dalam ucapan ringkas berharap para peserta menggunakan peluang itu untuk menimba pengalaman dan pengetahuan.

“Untuk berada di puncak Gunung Kinabalu adalah impian setiap orang.

“Kibarkanlah bendera Sarawak di puncak salah satu gunung tertinggi di Asia Tenggara itu nanti,”katanya.

Menurut Jacqueline, peserta akan bertolak ke Kota Kinabalu esok dan memulakan pendakian pada 10 Julai.

Beliau berharap peserta ekspedisi sampai di puncak Gunung Kinabalu pada jam 12 sehingga 2 pagi 11 Julai seterusnya menikmati pemandangan matahari terbit. — DayakDaily