Sembilan individu gagal mematuhan SOP PKPP dikompaun

Pemeriksaan ke atas premis di sekitar Centre Point dan Marina Square.

By Brad Rantayy

MIRI, Okt 17: Sebanyak sembilan kompaun dikeluarkan serta merta terhadap orang awam yang melanggar penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dalam satu operasi dijalankan pihak polis pada malam Jumaat (Okt 16) di sekitar Marina Square dan Centre Point.

Operasi yang dikenali sebagai Ops Noda/cantas/pematuhan SOP PKPP bermula sekitar jam 10 malam sehingga 12 pagi.


Sebanyak lapan premis telah diperiksa dalam operasi berkenaan.

Kompoun dikeluarkan serta merta dilokasi.

Antara kesalahan ingkar arahan PKPP melibatkan penjarakan fizikal, tidak memakai pelitup muka dan gagal merekodkan butiran diri.

Seramai 20 anggota polis dan empat pegawai terlibat dalam menjalankan operasi tersebut.

Individu yang ingkar SOP atau PKPP boleh dikenakan kompoun RM1,000 menhikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342).ā€” DayakDaily