Sektor agrikultur dan akuakultur, keutamaan Sarawak, kata Awang Tengah

Awang Tengah (kiri) berbual dengan Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Putrajaya.

KUCHING, Feb 18: Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata Sarawak komited untuk membangunkan sektor agrikultur dan akuakultur.

Katanya, kerajaan negeri turut menyediakan tapak untuk pemprosesan dan pengeluaran makanan halal dan kawasan agropark untuk menyokong sektor tersebut.

“Antara fokus kerajaan negeri adalah pembangunan sektor agrikultur dan akuakultur.


“Isu ini turut kita bincangkan di peringkat pusat,” kata beliau ketika ditemui selepas Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri Ke-136 di Putrajaya pagi tadi.

Awang Tengah yang mewakili Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg diiringi Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abu Bakar Marzuki.

Di samping itu, tambah beliau, Sarawak turut memberi fokus kepada aktiviti ‘smart farming’.

Beliau yakin kaedah ‘smart farming’ akan meningkatkan produktiviti dan hasil pengeluaran.

Mesyuarat tersebut telah dipengerusi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammed. — DayakDaily