Sekolah dibuka sepenuhnya 15 Julai

Mohd Radzi Md Jidin (file photo)

Oleh Chris Bishop

KUCHING, 1 JULAI: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini memaklumkan bahawa tarikh pembukaan penuh sekolah adalah pada 15 Julai 2020.

Menteri Kanan Pendidikan Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, ia melibatkan semua sekolah tingkatan 6 semester 1, kelas peralihan, tingkatan 1 hingga 4 serta murid tahun 5 dan 6.


ā€œSetelah mengambil kira saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara(MKN), KPM menetapkan supaya pembukaan semula sekolah untuk murid bukan kelas peperiksaan awam dilaksanakan secara berperingkat.

ā€œBagi sekolah menengah, murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4 serta murid Kelas Peralihan akan kembali ke sekolah bermula pada hari Rabu, 15 Julai 2020.

ā€œUntuk sekolah rendah pula, murid Tahun 5 dan Tahun 6 akan kembali ke sekolah pada hari Rabu, 15 Julai 2020.

ā€œManakala, tarikh pembukaan semula sekolah bagi murid Tahun 1 hingga Tahun 4 adalah pada hari Rabu, 22 Julai 2020,ā€ katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Menurut Radzi, keputusan dibuat berdasarkan penilaian ke atas kesiapsiagaan dan persiapan pembukaan semula sekolah selain yakin bahawa semua sekolah telah bersedia untuk dibuka semula.

Katanya, pentadbir sekolah juga telah membuat perancangan teliti bagi menguruskan kemasukan murid sepenuhnya.

Oleh yang demikian ujar beliau dan berdasarkan situasi semasa penularan wabak COVID-19, KKM dan MKN bersetuju bahawa pembukaan penuh sekolah boleh dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

ā€œTarikh pembukaan semula sekolah ini terpakai kepada semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan mana-mana institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM.

ā€œBagi sekolah yang tidak berdaftar dengan KPM pula, mereka juga disaran untuk turut mengikut tarikh pembukaan penuh sekolah yang ditetapkan,” jelas Radzi.ā€”DayakDaily