SEDC sumbang RM2 juta kepada Tabung Bencana Negeri Sarawak

Abang Johari (tengah) menerima cek daripada Abdul Aziz (kiri) di Kuching. Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (Ukas)

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


KUCHING, 22 Jun: Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) menyumbang sebanyak RM2 juta kepada Tabung Bencana Negeri Sarawak.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg telah menerima cek sumbangan itu daripada Pengerusi SEDC Tan Sri Dr Abdul Aziz Husain.

Cek diserahkan pada kunjungan hormat Abdul Aziz terhadap Ketua Menteri di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia di sini hari ini.


SEDC merupakan agensi kerajaan negeri yang pertama menyumbang kepada tabung bencana tersebut.

Turut mengiringi pengerusinya ialah Pengurus Besar SEDC Abdul Hadi Datuk Abdul Kadir. — DayakDaily