Sebuah rumah terbakar di Semarang, Pusa

Keadaan rumah yang terbakar.

PUSA, 16 Mac: Sebuah rumah di Kampung Semarang, di sini dilaporkan musnah dalam kebakaran hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 3.01 petang.

Katanya anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok dikerahkan ke lokasi kejadian.


“Setibanya di lokasi, didapati benar berlakunya kebakaran melibatkan sebuah rumah yang dipercayai berpunca dari masakan yang ditinggalkan tanpa pengawasan.

“Kebakaran telah berjaya dipadamkan oleh penduduk kampung menggunakan hos air dari pili bomba berhampiran sebelum ketibaan pihak bomba di lokasi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, seramai empat penghuni rumah dilaporkan selamat.

“Pasukan bomba membuat pemeriksaan bagi memastikan keadaan benar-benar selamat dan mengambil maklumat mangsa yang terlibat.

“Kebakaran tersebut tidak melibatkan sebarang kecederaan dan kematian,” katanya. — DayakDaily