MIRI, 27 Sept: Seramai 34 pekerja sebuah ladang sawit dari 20 keluarga di Jalan Marudi hilang tempat tinggal, selepas api memusnakan kediaman mereka dalam satu kejadian kebakaran pada pagi Isnin.
Tiada seberang kecederaan dilaporkan dalam kejadian uang dilaporkan berlaku pada jam 9.15 pagi itu.
Menurut Pemangku Penguasa Bomba dan Peneyelamat Miri Ahmad Nizam Sapaiee, kejadian dipercayai bermula dari sebuah unit kuarters tersebut.
Pihaknya dimaklumkan kejadian pada jam 3.23 petang, dan apabila anggota kita sampai di tempat kejadian didapati benar berlaku kebakaran melibatkan rumah pekerja ladang.
Sepasukan anggota Bomba dari Balai Lopeng dikerahkan ke lokasi.
“Tiada tindakan pemadaman dilakukan, hanya hadir ke tempat kejadian untuk pengesahan kebakaran tersebut,” ujarnya. — DayakDaily