Sebuah rumah panjang di Kanowit nyaris musnah dalam kebakaran

Anggota Bomba sedang memadamkan kebakaran.

KANOWIT, 11 Julai: Tindakan pantas Bomba berjaya memadamkan kebakaran di Rumah Kujat Kanowit yang dilaporkan berlaku sekitar jam 4.21 petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata anggota mereka dari Balai Bomba Kanowit terus ke lokasi kejadian sebaik sahaja laporan diterima.

Katanya, apabila tiba di lokasi kejadian didapati satu unit (pintu) di rumah panjang tersebut sedang terbakar.


Kebakaran berjaya dikawal pada jam 4.56 petang dan anggaran kemusnahan lebih kurang 20 peratus daripada keseluruhan rumah panjang 15 pintu tersebut.

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 5.31 petang dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. — DayakDaily