Sebuah kedai di Batu Niah musnah dijilat api

Anggota PBS Batu Niah melakukan operasi memadam kebakaran.
Advertisement

Oleh Dean Adam

MIRI, Julai 7: Sebuah kedai di Batu Niah di sini musnah terbakar, malam tadi.

Kejadian kira-kira pukul 10.50 malam itu telah menyebabkan kedai jenis struktur kekal tersebut musnah terbakar 100 peratus.

Advertisement

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, panggilan kecemasan diterima awal oleh Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Batu Niah sebelum dimaklumkan kepada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri.

Katanya, seramai 15 anggota PBS Batu Niah kemudian bergegas ke lokasi kejadian untuk melakukan operasi memadam kebakaran.

“Api berjaya dipadamkan sepenuhnya oleh PBS Batu Niah tanpa merebak ke kedai bersebelahan sebelum ketibaan anggota BBP Miri.

Kesan kebakaran melibatkan sebuah kedai.

Kebakaran tiada melibatkan sebarang kecederaan mangsa dan punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan, katanya di sini hari.

Jelas jurucakap sama, operasi tersebut tamat sepenuhnya pada pukul 12.35 tengah malam. — DayakDaily

Advertisement