Sebanyak 18 daripada 38 pintu Rumah Panjang Sendri Senabong terjejas akibat ribut

Kelihatan kesan kerosakan rumah panjang akibat ribut.

MUKAH, Sept 22: Sebanyak 18 daripada 38 pintu di Rumah Panjang Sendri Senabong di sini rosak akibat ribut, hari ini.

Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu, semua penghuni selamat dan tiada laporan kecederaan dilaporkan berlaku.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak berkata, akibat kejadian itu, sebanyak 18 bilik di rumah panjang berkenaan mengalami kerosakan pada bahagian ruai, ruang tamu, bilik tidur dan dapur.

Kelihatan kesan kerosakan rumah panjang akibat ribut.

Katanya, semua mangsa yang terjejas kini menetap sementara di rumah saudara mereka di rumah panjang sama.

“Buat masa ini, tiada pusat pemindahan sementara dibuka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jurucakap sama menambah, kejadian itu mengakibatkan lebih 30 penghuni rumah panjang terjejas. — DayakDaily