SDMC senaraikan 11 lagi kawasan baharu dikenakan PKPD

DayakDaily.com file pic. // Photo: Pixabay

KUCHING, 12 Mei: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (SDMC) menyenarai 11 kawasan baharu yang dikenakan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dengan berberapa kawasan telah pun dikenakan perintah berkenaan sejak 10 Mei lalu.

Daripada jumlah itu, lapan kawasan daripadanya dikenakan PKPD sejak 10 Mei lalu, dua bermula semalam manakala satu kawasan akan dikenakan perintah sama bermula esok (13 Mei).

Senarai berikut merupakan kawasan baharu yang diletakkan di bawah PKPD selama 14 hari:

PKPD dari 10 Mei hingga 23 Mei

1. Rumah Jangi anak Jambai, KM1, Jalan Ulu Sebauh, Bintulu


2. Kuarters Pekerja Samling Reforestation, Sg Mas, Samarakan Bintulu.

3. Rumah Musa anak Asit, Batu 17, Jalan Bintulu-Miri, Bintulu

4. Rumah Gerena anak Pi, Batu 17, Jalan Bintulu-Miri, Bintulu

5. Blok LL2, Local Lodge, Samalaju Industrial Park, Bintulu

6. Blok Q, Flat Sungai Plan, Bintulu

7. Rumah Jeli anak Gaun, Sungai Muput, Tatau

8. Rumah Sulu anak Jambai, Sg Senga, Pandan, Sebauh

PKPD dari 11 Mei hingga 24 Mei

1. Blok K PPR Bandaria Park, Bintulu

2. Kuarters Estet 1, Ladang Jendela Padu, Sebauh

PKPD dari 13 Mei hingga 27 Mei

1. Rumah Richard Sg Melaban, Sarikei

Daripada senarai 14 kawasan tersebut, tiga lagi kawasan dilanjutkan perintah PKPD antara enam dan 14 hari.

Kawasan terbabit ialah Rumah Chan Minggat, Sungai Kesa dan Rumah Rampai, Sungai Anyit Selangan di Sarikei yang dilanjutkan selama seminggu lagi bermula 14 hingga 20 Mei nanti.

Manakala PKPD di Rumah Ukan, Nangga Engkamop, Julau dilanjutkan dua minggu lagi bermula 15 hingga 28 Mei.

Sementara itu, SDMC turut mengumumkan satu kawasan ditamat PKPD semalam manakala enam lagi ditamatkan bermula 12 pagi nanti sementara satu lagi kawasan ditamatkan pada 14 Mei nanti.

Kawasan tersebut adalah Rumah Nyuka, Lubok Lemba, Sarikei (11 Mei); Rumah Janting, Lemujan, Pakan, Rumah Sam anak Sumbang, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Melugu, Sri Aman, Rumah Ajah anak Umkar, Sg Serupai Baru, Tatau, Kuartes
Pekerja Foresom Plywood Sdn Bhd, Bintulu, Rumah Jawa Sungai Kerubong, Selalang, Sarikei (12 Mei) dan Rumah Robert, Ulu Paoh, Sarikei (14 Mei). — DayakDaily