Sasaran 2026 jadikan Sarawak Delta Geopark sebagai Tapak UNESCO

Abang Johari memukul gong sebagai simbolik pelancaran seminar di Kuching. Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak
Advertisement

Oleh Chris Bishop

KUCHING, 7 Okt: Sarawak mensasarkan tempoh dua tahun untuk mengangkat kawasan Sarawak Delta Geopark sebagai Tapak Warisan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, sasaran untuk mendapatkan pengiiktirafan tersebut adalah pada 2026.

Advertisement

“Ini adalah satu daripada proses untuk kita menjadikan Sarawak Delta Geopark (SDGp) sebagai tapak UNESCO.

“Ada beberapa kelayakan perlu dipenuhi dan satu-satunya ialah kita berkehendakkan pakar daripada UNESCO untuk melihat nilai khazanah geopark yang kita ada,” kata Abang Johari.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di International Seminar On Sarawak Delta Aspiring UNESCO Global Geopark di sini, hari ini.

Tambah Abang Johari, jika kelayakan-kelayakan dipenuhi, ia akan dibawa ke Lembaga UNESCO untuk pertimbangan dan kelulusan.

Jelas beliau, prosesnya adalah sama seperti usaha menyenaraikan Gua Niah sebagai Tapak Warisan UNESCO.

Menurut Abang Johari lagi, Malaysia kini memiliki dua kawasan Geopark yang diiktiraf sebagai Tapak UNESCO iaitu Pulau Langkawi dan Kota Kinabalu National Geopark.

“Jadi kalau Sarawak ada, baguslah, ada tiga di Malaysia,” ujar Abang Johari. — DayakDaily

Advertisement