This Content Is Only For Subscribers
KUCHING, 25 Julai: Sarawak komited untuk terus menjaga dan memelihara hutan, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Katanya, ia bagi menghasilkan lebih banyak oksigen selain berperanan menyerap karbon.
“Sarawak ada banyak hutan, ia mengeluarkan oksigen bukan sahaja untuk rakyat negeri ini, tetapi untuk seluruh dunia.
“Oleh sebab itu kita ada agenda pemeliharaan hutan dibawah Strategi Pembangunan Pasca Covid 2030,” kata Abang Johari.
Beliau berkata demikian di Perasmian Ijtimak Ilmuwan Islam Antarabangsa di Dewan Kompleks Islam Sarawak di sini, hari ini.
Dalam pada itu katanya, Sarawak menggalakan para saints untuk menerokai bidang tenaga bersih seperti peralihan kuasa fosil ke hidrogen.
Menurut beliau, ia adalah penting kerana Sarawak memiliki banyak sumber air khususnya dari empangan sedia ada.
Empangan ini katanya bukan sahaja mengeluarkan tenaga, tetapi memberikan sumber air yang banyak.
“Kita pisahkan molekul hidrogen dan oksigen untuk mendapatkan hidrogen.
“Tidak lama lagi kita akan mulakan sistem pengangkutan awam berasaskan kuasa hidrogen,” kata Abang Johari. — DayakDaily