Sarawak sedia RM3.75 juta bagi program Low Income Family Empowerment

Fatimah dalam ucapan penggulungan kementerian di Dewan Undangan Sarawak.
Advertisement

KUCHING, 14 Mei: Sarawak pada tahun ini memperuntukan sejumlah RM3.75 juta bagi pelaksanaan program Low Income Family Empowerment (LIFE).

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak Dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah, ia adalah bantuan secara inklusif bagi meningkatkan kesejahteraan keluarga yang terjebak dalam isu sosial.

“Bantuan berbentuk menyediakan keperluan modal kepulihan bernilai maksima RM5,000 secara one-off.

Advertisement

“Ini untuk menjalankan aktiviti peningkatan pendapatan atau bantuan berkaitan sokongan kesihatan dan pendidikan,” katanya dalam ucapan penggulungan kementerian pada Persidangan Dewan Undangan Sarawak (DUS) hari ini.

Sementara itu bagi memantapkan institusi keluarga, Fatimah berkata, pelaksanaan pelbagai kursus keibubapaan, Pasca Perkahwinan, Pengurusan Keluarga dan Sustainable Wellness for Young Women akan diteruskan pada tahun 2024.

Katanya, ia meletakan sasaran seramai 890 peserta melibatkan peruntukan berjumlah RM267,000. — DayakDaily

Advertisement