Sarawak raikan 60 tahun kemerdekaan dengan tema ‘Sarawak Maju Makmur’

Sambutan Jubli Intan pada 23 Julai ini merupakan satu lagi sejarah yang dilakar Sarawak.

KUCHING, 24 Mei: Sarawak menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-60 dengan Tema Sarawak Maju Makmur.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Sambutan Jubli Intan pada 23 Julai ini merupakan satu lagi sejarah yang dilakar Sarawak.

“Kita telah jauh membangun sejak merdeka pada 1963.


“Dalam tempoh enam dekad, kita telah menyaksikan pelbagai pembangunan di Sarawak,” katanya dalam ucapan penggulungan Kementerian Kewangan Dan Ekonomi Baharu di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Tambah Abang Johari, kemakmuran ekonomi yang dikecapi Sarawak kini tidak datang dengan mudah.

Justeru beliau mengajak rakyat Sarawak meraikan sambutan Jubli Intan bagi menghargai kerja keras tanpa mengira penat lelah pemimpin dan pelbagai pihak dalam membangunkan negeri ini.

“Kita mesti memastikan semua kemajuan ini dirasai oleh seluruh rakyat Sarawak,” ujar Abang Johari. — DayakDaily