This Content Is Only For Subscribers
Oleh Chris Bishop
KUCHING, 18 Julai: Keperluan membina 21 balai Bomba di seluruh Sarawak di dalam pertimbangan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Ketua Pengarah JBPM Dato Abdul Wahab Mat Yassin berkata, ia adalah berdasarkan senarai keutamaan selain tertakluk kepada kedudukan kewangan kerajaan.
“Dari segi perancangan, Sarawak perlu sekurang- kurangya 60 balai Bomba berdasarkan kajian risiko dimana setakat ini sudah ada 39 balai.
“Keperluan memang benar, buat masa ini sebanyak 21 balai dalam pertimbangan jabatan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selesai Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022 Dan Pingat Perkhidmatan Bomba JBPM Negeri Sarawak di sini hari ini.
Dalam pada itu, Abdul Wahab berkata, Sarawak merupakan Negeri yang paling banyak balai di seluruh Malaysia iaitu sebanyak 38 balai.
Jika berdasarkan jumlah penduduk dengan balai, katanya, Sarawak adalah lebih baik dengan nisbah 1:700 berbanding Semenanjung Malaysia dengan 1:2000.
Sementara itu seramai 97 anggota JBPM Negeri Sarawak menerima APC 2022 manakala 22 lagi menerima Pingat Perkhidmatan Bomba.
Hadir sama Pengarah JBPM Negeri Sarawak Datu Khirudin Drahman. — DayakDaily