This Content Is Only For Subscribers
Oleh Chris Bishop
KUCHING, 12 Julai: Sarawak memerlukan RM200 juta bagi kerja naik taraf stadium dan gelanggang sukan menjelang Sukan Malaysia (Sukma) tahun hadapan.
Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, angka tersebut diperolehi daripada maklum balas pihak yang terlibat dan akan dibawa ke Kabinet Sarawak.
“RM200 juta diperlukan hanya untuk kerja naik taraf sahaja, tapi jawatankuasa akan meneliti secara terperinci apa yang perlu dinaiktaraf.
“Tetapi saya tahu kosnya akan menurun kerana tidak semua akan diluluskan,” katanya pada sidang media di Kuching hari ini.
Terdahulu Abdul Karim merasmikan Majlis Pra-Pelancaran Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2023.
Tambah Abdul Karim, sebanyak 37 acara sukan akan dipertandingkan pada Sukma 2024 yang diadakan di lapan bahagian di Sarawak.
Dalam pada itu, beliau memaklumkan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2023 akan dilancarkan pada 31 Julai oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Muzium Budaya Sarawak. — DayakDaily