Sarawak pastikan semua venue SUKMA 2024 siap Jun ini

Abdul Karim (dua kiri) mendengar pendengaran kemajuan perkampungan SUKMA 2024.

KUCHING, 25 Mac: Sarawak akan memastikan semua 45 venue penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 siap menjelang Jun ini.

Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, pemantauan terhadap kerja-kerja pembinaan dan naiktaraf di setiap venue akan dilakukan berterusan oleh pihak kementerian.

“Kita akan memastikan setiap venue siap, bersedia bagi penganjuran SUKMA pada Ogos depan,” katanya pada lawatan ke perkampungan SUKMA 2024 di sini, hari ini.


Pada hari ini, Abdul Karim melawat venue untuk sukan Wushu dan Stadium Sarawak bagi acara balapan.

Beliau berpuas hati dengan kemajuan kerja-kerja naiktaraf dan yakin kedua-dua venue siap pada Jun ini.

“Paling penting Stadium Sarawak akan menjadi acara utama iaitu pembukaan SUKMA, selain acara balapan,” kata Abdul Karim.

Hadir sama Timbalan Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Dato Gerald Rentap Jabu. — DayakDaily